Aidil anggap skuadnya masih belum selesa. FOTO NSTP
Izzali Ismail


KEDAH yang mendapat bekalan dua gol di tempat lawan pada aksi pertama suku akhir pertama Piala Malaysia tidak memandang mudah usaha mencari kemenangan pada aksi kedua menentang PKNP FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, skuadnya tidak harus menganggap dua gol sebagai kelebihan kerana perjuangan untuk ke separuh akhir belum tamat.

"Kita perlu lupakan jumlah kelebihan dua gol itu ada 90 minit lagi di Darul Aman dan kita perlu selesaikan baki tugas untuk mendapatkan kejayaan.

"Kita tahu PKNP FC akan datang dengan hajat besar memburu kemenangan selepas mereka tewas di Manjung dan ini memberi isyarat, mereka tiada pilihan dan mahu mencari menang di Alor Setar.

"Jadi, saya mahu semua pemain meneruskan semangat serta fokus seperti yang ditampilkan pada perlawanan sebelum ini bagi memastikan langkah ke separuh akhir tercapai.

"Pengendali berusia 41 tahun itu bersyukur kerana segala perancangan penting yang dirangka di Manjung berjalan lancar.

"Kita mahu kekalkan rentak permainan bersemangat. Itulah saya pesan kepada pemain agar tidak mudah leka dan tidak mengambil ringan cabaran PKNP FC pada perlawanan kedua, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 5:14 PM