GELAGAT Lyles meraikan kejayaan dalam acara 200 meter dalam Kejohanan Dunia di Doha. - FOTO Reuters
AFP

NOAH Lyles mempamerkan larian bertenaga untuk meraih emas acara 200 meter dalam kejohanan utama pertamanya awal pagi tadi dan berkata dia tidak mahu dipanggil Usain Bolt yang baharu.

Atlet Amerika Syarikat berusia 22 tahun itu yang dikaitkan dengan legenda Jamaica, Bolt memecut pada 50 meter terakhir sebelum menang dengan catatan 19.83 saat.

"Waktu ini tahun lalu saya baru sahaja berlari,” kata Lyles. “Cuba anda fikirkan. Jangan anggap saya Bolt yang baharu. Saya adalah saya. Jika anda suka saya, saya gembira melayan anda. Ini masa saya.”

Pelari Kanada, Andre De Grasse meraih perak dengan catatan 19.95s manakala gangsa milik Alex Quinonez dari Ecuador yang mencatat 19.98s.

Lyles yang berlari lebih pantas daripada Bolt dalam acara 100m dan 200m pada usia sama ketinggalan di belakang atlet Britain, Adam Gemili ketika di laluan lurus tetapi berjaya memintasnya dan pelari lain sebelum menuju garisan penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 11:18 AM