Jones (tengah) pada sesi latihan skuad ragbi England. FOTO AFP
Jones (tengah) pada sesi latihan skuad ragbi England. FOTO AFP
Reuters

KEMPEN England pada Ragbi Piala Dunia hanya akan bermula pada perlawanan Sabtu ini.

Selepas melalui dua perlawanan mudah peringkat kumpulan dan berehat selama sembilan hari mereka akan berdepan Argentina yang dianggap salah satu daripada lima perlawanan sukar perlu dihadapi.

Jurulatih Eddie Jones tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mara sehingga ke peringkat sekarang apatah lagi mendapat mata bonus menang ke atas Tonga dan Amerika Syarikat.

Malah dia mempunyai skuad 31 pemain yang boleh dipilih.

kejayaan ke atas Pumas diikuti satu lagi perlawanan menentang Perancis akan memastikan mereka menduduki tangga teratas Pool C dan berkemungkinan ke suku akhir berdepan Australia.

Kejayaan akan membuatkan mereka menghadapi New Zealand pada separuh akhir.

Sekiranya melepasi halangan dengan mengambil kira pelbagai faktor, skuadnya akan mara ke final menentang mana-mana dalam satu lagi laluan undian.

“Kami kini berada dalam kedudukan terbaik,” katanya.

“Ia seperti Tour de France.

“Kita sudah melepasi peringkat pertama. Kini kami ke peringkat kedua iaitu berdepan Argentina.

“Kemudian kami akan mara peringkat ketiga, empat dan lima. Anda tidak perlukan jaket kuning sekarang kerana hanya akan berada dalam saingan apabila tiba pada masa diperlukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 8:31 PM