Kylian Mbappe. FOTO EPA
AFP

PAUL Pogba diketepikan dalam senarai skuad Perancis bagi aksi kelayakan Euro 2020 menentang Iceland dan Turki, namun N'Golo Kante dan Kylian Mbappe kedua-duanya kembali.

Pogba ketika ini bergelut dengan kecederaan kaki dan tidak disenaraikan dalam skuad Manchester United menentang AZ Alkmaar pada Liga Europa awal pagi Jumaat, walaupun dia beraksi ketika United terikat 1-1 menentang Arsenal pada Isnin.

Kante mengalami kecederaan teruk pada awal musim dan tidak beraksi ketika kemenangan Perancis di gelanggang sendiri ke atas Albania dan Andorra bulan lalu, sementara Mbappe baru pulih daripada kecederaan hamstring.

Selain itu, rakan sepasukan Mbappedi PSG, Presnel Kimpembe kembali bersama rakan pertahanan Samuel Umtiti dan Aymeric Laporte dalam senarai pasukan.

Pemain Tottenham Hotspur Tanguy Ndombele membuat penampilan semula ketika pemain Arsenal, Matteo Guendouzi diturunkan ke skuad bawah 21 tahun, dan panggilan semula buat penjaga gol simpanan Steve Mandanda dari Marseille.

Juara Piala Dunia akan berdepan Iceland di Reykjavik pada Jumaat, 11 Oktober sebelum melayan kunjungan Turki di Stade de France pada Isnin, 14 Oktober.

Les Bleus berada dalam kelompok teratas kumpulan H bersama Turki dengan 15 mata daripada enam perlawanan, sementara Iceland ketinggalan tiga mata dan hanya dua pasukan teratas layak ke pusingan akhir kejohanan.

Senarai skuad Perancis :

Penjaga gol : Alphonse Areola (Real Madrid/ESP), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Steve Mandanda (Marseille)

Pertahanan : Lucas Digne (Everton/ENG), Leo Dubois (Lyon), Lucas Hernandez (Bayern Munich/GER), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Clement Lenglet (Barcelona/ESP), Benjamin Pavard (Bayern Munich/GER), Raphael Varane (Real Madrid/ESP), Kurt Zouma (Chelsea/ENG)

Tengah : N'Golo Kante (Chelsea/ENG), Blaise Matuidi (Juventus/ITA), Tanguy Ndombele, Moussa Sissoko (both Tottenham Hotspur/ENG), Corentin Tolisso (Bayern Munich/GER)

Penyerang : Wissam Ben Yedder (Monaco), Kingsley Coman (Bayern Munich/GER), Olivier Giroud (Chelsea/ENG), Antoine Griezmann (Barcelona/ESP), Jonathan Ikone (Lille), Thomas Lemar (Atletico Madrid/ESP), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 12:14 AM