DOMINIC menewaskan Tsitsipas 3-6 6-4 6-1 pada final Terbuka China di Beijing hari ini.
Reuters

PILIHAN utama dari Austria Dominic Thiem mengatasi permulaan tidak menentu dan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Greece Stefanos Tsitsipas 3-6 6-4 6-1 pada final Terbuka China di Beijing hari ini.

Kemenangan itu memberikan gelaran keempat buat Thiem pada tahun ini selepas kejayaannya di Indian Wells, Barcelona dan Austria.

Thiem, yang terpaksa bekerja keras daripada ketinggalan satu set ketika separuh akhir menentang Karen Khachanov, mematahkan servis Tsitsipas lima kali ketika melakukan servis sebanyak tiga kali untuk menjulang gelaran pertama di Asia.

“Secara jujurnya saya fikir ini adalah satu daripada perlawanan terbaik dalam sepanjang karier saya terbaik setakat ini,” kata Thiem.

“Saya tahu ia paling sukar buat kamu, Stefanos. Anda bermain dengan luar biasa dan saya harap akan ada banyak lagi final di antara kita dalam kejohanan terbesar.

“Tahun lalu, kami saing bersaing antara satu sama lain dan saya harap ia berterusan dan lebih banyak perlawanan akhir selepas ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:39 AM