TANDUKAN Luiz (kiri) memastikan kemenangan Gunners di Emirates. — FOTO EPA
TANDUKAN Luiz (kiri) memastikan kemenangan Gunners di Emirates. — FOTO EPA
AFP

PENGURUS Arsenal, Unai Emery mengakui pasukannya perlu kritis terhadap persembahan sendiri sekalipun melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas gol babak pertama David Luiz membantu kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth, lewat malam tadi.

Gunners hanya mempunyai dua percubaan menepati sasaran dan bernasib baik pada babak kedua ketika Callum Wilson mensia-siakan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan buat Bournemouth.

“Kami gembira dengan keputusan ini. Saya bangga dengan kerja keras kami pada babak pertama, tapi kami perlu mengkritik pasukan sendiri untuk meningkat,” kata Emery.

“Kami bercakap sebelum perlawanan jika kami menang, kami akan berada di tangga ketiga carta dan bagi keyakinan kami ia penting.

EMERY lega anak buahnya tidak keciciran mata. — FOTO Reuters
EMERY lega anak buahnya tidak keciciran mata. — FOTO Reuters

“Mungkin pada babak kedua, ketika kami mendahului 1-0, kami bergelut dan ada ketikanya kami berasa tertekan.”

Ia petang yang melegakan buat Luiz, yang menjadi bahan jenaka dengan kesilapannya di benteng pertahanan pada awal kariernya di Arsenal selepas berpindah dari kelab London, Chelsea pada awal Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemain Brazil itu sering mencetus ancaman di kawasan lawan dan melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut Nicolas Pepe pada minit kesembilan.

Pepe bergelut untuk menepati harga mahal yang dibayar Arsenal £72 juta (RM372 juta) ketika mendapatkannya dari Lille pada musim panas lalu namun tampil dengan prestasi lebih baik selepas mendengar nasihat Emery.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 1:21 PM