Yamamoto akan membuat penampilan sulung di Suzuka. FOTO REUTERS
Agensi

PEMANDU Jepun, Naoki Yamamoto akan membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) apabila memandu untuk Toro Rosso pada sesi latihan Grand Prix di tempatnya sendiri, Jumaat ini.

Juara berusia 31 tahun itu yang juga juara Super Formula Jepun dan Siri Super GT akan memandu kereta Pierre Gasly.

Pemandu Perancis, Gasly akan kembali bersama Daniil Kvyat pada sepanjang minggu di litar Suzuka.

Yamamoto yang mendapat sokongan Honda yang juga rakan enjin Toro Rosso dan pemilik sirkit Jepun itu.

Dalam saingan Super GT, dia bergandingan bersama juara dunia F1 2009 Jenson Button.

Tahun lalu, pemandu Britain itu mengatakan Yamamoto cukup berbakat untuk berada dalam saingan F1.

Yamamoto berkata memandu kereta F1 menjadi impiannya sejak zaman kanak-kanak sejak kali pertama melihat perlumbaan itu Suzuka 27 tahun lalu.

"Untuk mendapat peluang beraksi di Suzuka, sirkit sangat penting bagi semua pelumba Jepun apatah lagi berada di hadapan penonton Jepun yang ramai yang akan menjadikannya pengalaman lebih istimewa," katanya.

"Saya sudah bersedia untuk perlumbaan itu dengan meluangkan masa sebagai sebahagian pasukan Toro Rosso dalam beberapa minggu Grand Prix.

“Saya juga sudah melakukan latihan dengan simulasi Red Bull”.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 8:44 PM