Matty (kanan) bersama abangnya, Sean ketika beraksi di St James Park. FOTO REX Features
Agensi

PEMAIN bintang adik beradik Newcastle, Sean and Matty Longstaff menikmati makanan kari sebelum mereka turun beraksi menewaskan Manchester United.

Mereka menghadiri majlis makan malam itu di sebuah restoran sebelum menyaksikan skuad bukan liga beraksi sehari sebelum perlawanan itu.

Jika perkara itu kelihatan seperti biasa, tiada apa yang luar biasa dilakukan mereka sehingga membuatkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer merah padam di St James’ Park, Ahad lalu.

Matty Longstaff, 19, membuat penampilan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Newcastle berdepan United bergandingan bersama abangnya Sean, 21 di bahagian tengah.

Dia kemudian melakukan rembatan cantik di hadapan Gallowgate End menyebabkan John Farrage yang juga pengerusi kelab pertama adik beradik terbabit North Shields Juniors melonjak sehingga patah ibu jari kaki!

Malah ibu bapa mereka David dan Michelle turut menyaksikan perlawanan itu.

David Longstaff, 45, adalah pemain-jurulatih skuad hoki ais Liga Hoki Kebangsaan (NIHL), Whitley Warriors yang akan berdepan Billingham Stars pada pertarungan derby Tyne-Tees pada hari yang sama.

Matty yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim dan boleh mengintai kelab luar pada jendela perpindahan Januari mendedahkan: “Dia (abang) ada bercakap mengenainya tetapi saya berkata:

“Berapa kali anda boleh melihat saya membuat penampilan sulung dan bermain di bahagian tengah bersama abang?’

“Dia akan gembira andai tidak merinduinya. Saya tidak merasakan dia akan merindui apa dilakukannya itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 4:22 PM