Tiger Woods. FOTO File Agensi
Reuters

BEKAS Kapten Piala Ryder Amerika Syarikat (AS), Davis Love berkata semua pemain pasukan Piala Presiden AS mahu melantik Tiger Woods sebagai kapten pada kejohanan tahun ini yang dijadualkan berlangsung di Australia.

Woods mempunyai tiga minggu lagi untuk menentukan sama ada memilih dirinya sebagai antara salah satu daripada pilihan kapten untuk melengkapkan senarai 12 pemain Amerika Syarikat untuk beraksi pada kejohanan antarabangsa di Royal Melbourne bermula 12 - 15 Disember ini.

Apa yang menjadi keutamaan adalah perkara yang memuaskan hati semua pihak dan ia mungkin menjadi keputusan yang mudah. Selagi ada Woods yang juga juara kejohanan utama sebanyak 15 kali dan keadaan kesihatan bertambah baik.

“Dia sememangnya mahu beraksi,” kata Love menjelang Kejohanan SAS dan 50 ke atas di Kelab Prestonwood Country, membuat pembandingan dengan lajenda bola keranjang yang sudah bersara, Michael Jordan.

“Jika Michael Jordan boleh berlari dan melakukan umpanan serta menghantar bola di gelanggang, saya fikir saya mahu dia bersama dalam pasukan, jadi saya fikir mungkin itu apa yang dimahukan pemain,” katanya.

“Kami bertanya kepadanya untuk menjadi kapten pasukan dan sudah mengagak perkara ini pasti berlaku.”

Berdasarkan pemerhatian Love, Woods mungkin antara lapan yang layak secara automatik namun dia mempunyai masalah kecederaan lutut kiri yang menghantuinya selepas mengungguli kejuaraan Master pada April.

Woods menjalani rawatan pembedahan selepas musim Jelajah PGA pada Ogos dan merancang untuk hanya bermain satu kejohanan rasmi - Kejohanan Zozo di Jepun pada 24-27 Oktober ini - sebelum menentukan senarai akhir pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 10:58 AM