Giroud (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
Giroud (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
Reuters

OLIVIER Giroud yang kurang aksi bersama pasukan kelab bukan alasan untuk penyerang Chelsea itu menyerlah selepas menyempurnakan penalti sekali gus memastikan kemenangan 1-0 Perancis di gelanggang lawan ke atas Iceland, awal pagi ini.

Kemenangan itu meletakkan Les Blues semakin menghampiri pusingan final kejohanan Eropah tahun depan.

Giroud, yang hanya beraksi 101 minit di Liga Perdana Inggeris musim ini, menyempurnakan sepakan penalti itu pada separuh masa kedua ketika skuad Perancis yang berdepan masalah kecederaan kekal dikedudukan kedua dalam kumpulan H di belakang Turki yang menewaskan Albania 1-0 menerusi jaringan minit akhir perlawanan oleh Cenk Tosun.

Perancis dan Turki akan bertemu di Stade de France pada awal pagi Selasa masing-masing memungut 18 mata namun juara dunia di belakang selepas tewas 0-2 di Konya pada Jun lalu.

Di tempat ketiga, Iceland mempunyai 12 mata, Albania sembilan, dan Andorra kedua terbawah selepas memperoleh tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Moldova untuk mata pertama kelayakan Euro buat pertama kali.

Pertahanan Iceland, Kari Arnason (kiri) menghala penyerang Perancis Olivier Giroud melakukan rembatan pada aksi kelayakan Euro 2020 pagi ini. FOTO AFP
Pertahanan Iceland, Kari Arnason (kiri) menghala penyerang Perancis Olivier Giroud melakukan rembatan pada aksi kelayakan Euro 2020 pagi ini. FOTO AFP

Perancis tanpa pemain yang mengalami kecederaan, Kylian Mbappe, Paul Pogba dan Hugo Lloris dan lebih memburukkan keadaan apabila Ngolo Kante mengalami kecederaan otot ketika menjalani latihan pemanas badan, meninggalkan tempatnya dalam kesebelasan utama kepada Moussa Sissoko.

“Ia perlawanan yang sukar tetapi kami mampu mengawalnya dan Olivier menyempurnakan tugasnya,” kata penyerang Antoine Griezmann.

“Kami mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan dan ia mungkin lebih baik kerana lawan sangat berbahaya dengan hantaran pantas,” kata jurulatih Didier Deschamps.

“Tetapi a adalah kejayaan yang bagus menjelang pertembungan Isnin ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 9:03 AM