Datuk Wira Roslan melakukan sepakan sebagai simbolik merasmikan program Jom La Futsal TNB.
Datuk Wira Roslan melakukan sepakan sebagai simbolik merasmikan program Jom La Futsal TNB.

LEBIH 1,400 pemain memeriahkan Jom La Futsal anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Kelab Kilat Kuala Lumpur di Gelanggang Futsal dan Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Bangsar.

Program dua hari sempena Bulan Sukan Negara itu dirasmikan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.

Hadir sama Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek merangkap Yang DiPertua Kelab Kilat Kuala Lumpur.

Sebahagian pemain Jom La Futsal TNB 2019 bergambar di Padang Kilat Kompleks Sukan TNB.
Sebahagian pemain Jom La Futsal TNB 2019 bergambar di Padang Kilat Kompleks Sukan TNB.

Sebanyak 143 pasukan menyertai lima kategori pertandingan iaitu Terbuka Lelaki TNB (100), Wanita TNB (6) , Veteran Lelaki TNB (13), Jemputan Kejiranan sekitar Ibu Pejabat TNB (9) dan 15 pasukan Jemputan Media.

Penganjuran program ini selaras dengan hasrat pengurusan TNB yang giat membudayakan program kesihatan, Total Wellness di setiap negeri dengan kerjasama Kelab Kilat Kebangsaan TNB.

Sambutan Bulan Sukan Negara adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 12:14 PM
Digital NSTP Subscribe