Skip this ad x
Petr Cech dinobatkan pemain terbaik perlawanan. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS penjaga gol Chelsea dan Arsenal, Petr Cech menyelamatkan dua penalti dalam penampilan pertama bersama Guildford Phoenix sekali gus membantu pasukannya mengatasi Swindon Wildcats 2.

Cech, 37, yang masih menyandang jawatan penasihat teknikal di Chelsea, menyelamatkan percubaan menghasilkan gol pertama dan terakhir Swindon dan dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan hoki ais.

Phoenix mendahului 2-1 selepas berakhir babak kedua permainan namun gol penyamaan daripada Taylor Wootton mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Saingan berakhir tanpa tambahan jaringan dan membawa kepada penentuan gol di mana Cech bertindak cemerlang.


Cech (tengah) berbincang bersama rakan sepasukan.

Pemain kelahiran Republik Czech itu, adalah peminat utama sukan hoki ais, dia mula menyesuaikan diri dengan sukan berkenaan selepas bersara daripada bola sepak penghujung musim lalu.

Dia mengumumkan akan beraksi buat Phoenix di Liga Selatan 2 Hoki Ais Kebangsaan, minggu lalu.

Buat mana ini, dia berkata : “Selepas 20 tahun terbabit dalam bola sepak profesional, ini pengalaman yang cukup hebat buat saya apabila beraksi dalam sukan yang paling saya suka saksikan dan mainkan sejak kanak-kanak lagi.”

Cech, yang melakukan 124 penampilan bersama Republik Czech, memenangi empat kejuaraan Liga Perdana, lima Piala FA, tiga Piala Liga, Liga Juara-Juara dan Liga Europa ketika karier pemain bola sepak di England.

Dia menjadi penjaga gol pilihan ketiga kelab Phoenix dan akan menjalani latihan apabila kelapangan daripada jadual di Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 7:25 PM