Pengurus Acara dan Promosi 100PLUS Muhammad Fauzi Ahmad (tiga dari kanan) menyampaikan tajaan kepada wakil pemain.

LAPAN pasukan mengambil bahagian dalam Cabaran 100Plus Futsal Veteran Inter-Hotel ke-8 di gelanggang futsal, Sports Planet Ampang, pada 20 Oktober ini.

Majlis undian di Palace of the Golden Horses (PGH), Seri Kembangan, semalam menyaksikan lapan pasukan bersaing dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A membabitkan PGH B, Le Meridien KL, Berjaya Times Square dan Hotel Maluri manakala PGH A, First World Resort, Seri Pacifik dan Marriott Putrajaya bersaing dalam kumpulan B.

100Plus sebagai penaja trofi dan medal kejohanan yang membabitkan pemain berusia 35 tahun ke atas anjuran Zuhas Sports itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 8:41 PM