NEYMAR diperiksa pegawai perubatan ketika menentang Nigeria, semalam. - FOTO AFP
AFP

PENYERANG Paris Saint-Germain, Neymar terpaksa berehat empat minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika beraksi untuk Brazil, menurut jurucakap kelab hari ini.

Neymar dikeluarkan pada minit ke-12 ketika Brazil seri 1-1 menentang Nigeria dalam aksi persahabatan di Singapura.

Dia yang tampil kali ke-101 buat negaranya berjalan keluar sambil menyentuh paha sebelum digantikan Philippe Coutinho.

PSG berkata pemeriksaan MRI menunjukkan bintang mereka itu mengalami kecederaan tisu di bahagian hamstring kiri.

Jika tersisih sehingga 11 November, Neymar akan terlepas empat aksi Ligue 1 termasuk kunjungan ke Marseille pada 17 Oktober selain terlepas aksi di tempat sendiri dan lawan menentang Bruges dalam aksi Liga Juara Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 12:38 AM