Borissov (kanan) desak Mihaylov letak jawatan. FOTO Agensi
Agensi

PERDANA Menteri Bulgaria mendesak presiden persatuan bola sepak (FA) negara itu meletak jawatan berikutan ejekan perkauman dihamburkan terhadap pemain kulit hitam skuad England pada Kelayakan Euro 2020.

PM Bulgaria Boyko Borissov berkata kerajaan akan membekukan semua hubungan dengan FA Bulgaria termasuk dana kewangan sehingga Borislav Mihaylov meletak jawatan.

Ketua bola sepak negara itu. Borislav Mihaylov yang juga salah seorang anggota jawatankuasa eksekutif UEFA mendakwa pemain England termasuk Tammy Abraham celupar dan tidak menghormati yang akan mengakibatkan mereka berdepan ejekan perkauman di Sofia.

Dia juga menyifatkan tindakan melabelkan penyokong Bulgaria berunsur perkauman sebagai tidak adil.

Ejekan perkauman itu menyebabkan perlawanan terhenti dua kali di Sofia sebelum England menang besar dengan keputusan 6-0 di tempat lawan, semalam.

Kenyataan pelik Mihaylov sebelum perlawanan diikuti oleh pengurus Bulgaria Krasimir Balakov mendakwa dia tidak mendengar sebarang ejeken dilakukan ketika perlawanan.

Balakov mengatakan pada sidang akhbar selepas perlawanan itu: “Kelakuan tidak dapat diterima itu dilakukan oleh peminat England!.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 7:04 PM