Ronaldo tidak kejar rekod. FOTO REUTERS
Reuters

CRISTIANO Ronaldo mengakui kehilangan angka untuk memecahkan rekod selepas penyerang Portugal itu meledak gol ke-700 kariernya ketika pasukannya kalah 2-1 kepada Ukraine.

“Rekod datang secara semula jadi, saya tidak mengejarnya, rekod mencari saya,” katanya kepada wartawan selepas meledak gol ke-95 untuk negaranya pada perlawanan itu, semalam.

“Ia bukan untuk setiap orang mencapai angka itu dan saya sangat berterima kasih kepada setiap orang, rakan sepasukan, teman, jurulatih dan setiap orang yang membantu Cristiano sehingga menjadi pemain seperti sekarang.”

Bagaimanapun, Ronaldo berkata kekalahan kepada Ukraine pada kelayakan Euro 2020 sedikit menjejaskan sinar pencapaiannya itu.



“Ia detik yang manis dalam karier saya tetapi terdapat sedikit rasa pahit sukar ditelan kerana kami tidak menang,” katanya.

“Kami bermain dengan baik tetapi tidak menang. Kami melakukan segala-galanya yang kami mampu dan mendapat banyak peluang.”

Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang masa dalam Liga Juara-Juara (UCL) dengan 127 gol.

Dia juga memegang rekod gol terbanyak dalam satu musim UCL.

Ronaldi juga adalah penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang masa malah pemain membuat paling banyak penampilan bersama Portugal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 7:37 PM