LEE Ann Walker
Reuters

SEORANG pemain golf Amerika Syarikat dikenakan penalti 58 pukulan selepas dua pusingan pada Kejuaraan Senior LPGA minggu ini apabila menyedari dia melanggar peraturan setiap kali kedinya membantunya melakukan pukulan putt.

Lee Ann Walker diberitahu mengenai peraturan itu yang mengakibatkan penalti dua pukulan untuk setiap pelanggaran, oleh kedi lain dalam kumpulannya ketika beraksi di lubang kelima pusingan kedua di French Lick, Indiana, tetapi kesilapan sudah pun berlaku.

Sejumlah 42 pukulan tambahan Lee Ann pada pusingan pertamanya dinilai kembali yang menyebabkan keputusannya 13 di atas par 85 menjadi 127.

Dia kemudiannya dikenakan 16 pukulan penalti pada pusingan kedua sebelum menyedari peraturan itu dan menamatkan saingan dengan 90 pukulan.

“Ini mungkin tiket untuk saya meraih populariti tetapi bukan cara saya memandangnya,” kata Lee Ann.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober 2019 @ 10:01 AM