RANIERI (kiri) menggantikan Eusebio Di Francesco manakala Piolo mengambil alih apabila Marco Giampaolo dipecat selepas tujuh perlawanan. FOTO Agensi
AFP

ERA baharu Stefano Pioli di AC Milan yang dilanda krisis bermula awal pagi Isnin dengan perlawanan ‘mesti menang’ berdepan pasukan kerdil Lecce, ketika Claudio Ranieri memulakan tugasnya di kelab tercorot Sampdoria menentang bekas kelabnya Roma.

Empat kelab teratas Itali -- Juventus, Inter Milan, Atalanta dan Napoli -- masing-masing bersiap sedia untuk aksi Liga Juara-Juara minggu depan.

Namun fokus Serie A kini terarah kepada dua jurulatih baharu yang memulakan tugas selepas aksi antarabangsa dan kedua-duanya yang berkongsi tarikh lahir iaitu 20 Oktober mahukan kemenangan sebagai hadiah.

Piolo, 53, mengambil alih apabila Marco Giampaolo dipecat selepas tujuh perlawanan, manakala Ranieri, 67, menggantikan Eusebio Di Francesco, yang juga digantikan beliau sebagai jurulatih Roma Mac lalu.

AC Milan, bekas juara Eropah tujuh kali berdepan masalah di dalam dan luar padang dengan kerugian musim lalu mencapai rekod 146 juta euro (RM679.9 juta).

Diharapkan bahawa Pioli yang tidak pernah menjulang trofi dalam 16 tahun sebagai jurulatih dengan kelab termasuk termasuk Inter Milan, Fiorentina, Lazio dan Bologna, boleh membawa kestabilan kepada kelab.

“Matlamat kami adalah berjuang untuk Liga Juara-Juara,” kata Pioli.

Milan berada di tangga ke-13 selepas empat kekalahan --tujuh mata di belakang pendahulu Juventus -- namun hanya empat mata daripada tiket Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 12:06 PM