Kolisi (tengah) mahu skuadnya tewaskan Jepun. FOTO REUTERS
Reuters

PERSIAPAN aksi suku akhir Ragbi Piala Dunia antara Jepun menentang Afrika Selatan lebih banyak berkisar mengenai kejayaan masyhur Brave Blossoms menang ke atas Springboks di Brighton empat tahun lalu.

Jepun yang dikendali jurulatih Eddie Jones mengejutkan dunia ragbi apabila Karne Hasketh melakukan percubaan saat akhir untuk mengatasi Afrika Selatan 34-32 ketika saingan peringkat kumpulan pada Piala Dunia England 2015.

Ia adalah keputusan meletakkan Jepun di atas peta ragbi dan memalukan Afrika Selatan biarpun mara ke separuh akhir.

Afrika Selatan membalas kekalahan itu dengan kemenangan 41-7 ke atas Jepun pada perlawanan pemanas badan menjelang saingan Piala Dunia, bulan lalu.

Apapun, menyingkirkan pasukan tuan rumah daripada kejohanan itu akan ubat paling mujarab mengubati luka selama empat tahun.

“Ia sangat sukar tewas seperti itu di England yang terus kekal bersama kami sehinggalah perlawanan kami beraksi semula ketika tiba di sana,” kata kapten Springboks Siya Kolisi yang berada di bangku simpanan pada saingan 2015 itu.

“Ia sudah tentu bukan sesuatu yang kami mahu lalui semula,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 8:27 PM