Skuad Harimau Malaya menjalani latihan sebelum menentang Vietnam baru-baru ini. FOTO NSTP
Syazwan Msar


SKUAD Harimau Malaya akan menentang Tajikistan pada 9 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam usaha memantapkan pasukan itu.

Menerusi laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perlawanan terbabit sebagai persiapan menjelang pertembungan dengan Thailand dan Indonesia dalam aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perlawanan menentang Thailand berlangsung 14 November diikuti berdepan Indonesia pada 19 November.

Pada aksi perlawanan persahabatan kali ini, FAM memilih pasukan dari Timur Tengah itu sebagai lawan buat Harimau Malaya memandangkan skuad Thailand hanya berada satu anak tangga mengatasi skuad kebangsaan Tajikistan.

Dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Tajikistan berada dalam Kumpulan F bersama Jepun, Republik Kyrgyzstan, Mongolia dan Myanmar.

Jika dilihat dalam tiga perlawanan terakhir membabitkan pasukan ini, Tajikistan merekodkan dua kemenangan ketika menentang Republik Kyrgyzstan dan Mongolia serta satu kekalahan kepada Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 8:38 PM