Lampard (tengah) meraikan kemenangan pasukan bersama N'Golo Kante dan Kurt Zouma. FOTO Reuters
AFP

PENGURUS Chelsea, Frank Lampard menyalahkan boss Perancis, Didier Deschamps selepas N'Golo Kante mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa.

Kante dijangka terlepas aksi Chelsea dalam Liga Perdana berdepan Newcastle esok selepas perancang tengah itu mengalami kecederaan pada pangkal paha minggu lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami masalah itu ketika melakukan latihan pemanas badan buat Perancis pada Kelayakan Euro 2020 berdepan Iceland pada Jumaat.

Tetapi dia tidak dibenarkan kembali ke London untuk menjalani pemeriksaan oleh pasukan perubatan Chelsea, Kante terus bersama skuad Perancis dan memerhati dari bangku pemain simpanan ketika berdepan Turki pada Isnin berikutnya.

Lampard kecewa kerana Deschamps dan Persekutuan Bolasepak Perancis kerana gagal membenarkan Kante pulang.

“N'Golo tidak cergas, dia mempunyai sedikit masalah pada pangkal paha ketika latihan pemanas badan pada perlawanan pertama antarabangsa buat Perancis,” kata Lampard.

“Kami mendapati dia tidak kembali sehingga selepas perlawanan kedua dan dia tidak cergas untuk diturunkan pada Sabtu.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 11:40 PM