Pemain Manchester City, Gabriel Jesus (kanan) melakukan rembatan sambil dihalang pemain Crystal Palace. FOTO Reuters
Reuters

GOL pantas dari Gabriel Jesus dan David Silva membolehkan Manchester City mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park tatkala juara Liga Perdana itu semakin merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liverpool hanya lima mata.

Dengan barisan kendalian Juergen Klopp hanya akan beraksi malam ini, skuad Pep Guardiola terus memberi tekanan dengan membuat empat pertukaran selepas dua kekalahan City dalam empat perlawanan liga.

Termasuk beberapa gandingan baru, Bernardo Silva dan Jesus yang berada dalam kesebelasan utama. Pemain Brazil, Jesus menanduk masuk gol dari jarak dekat pada 39 minit permainan juga merupakan jaringan ke 50 buat kelab itu.

City menggandakan jaringan dengan hanya 30 saat selepas itu apabila David Silva meledak gol hasil hantaran Raheem Sterling.


Jesus (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan City. FOTO Reuters

Selepas waktu rehat, aksi cemerlang penjaga gol Palace, Wayne Hennessey berjaya menggagalkan beberapa percubaan terutama dari Jesus dan Bernardo Silva untuk menambah gol ketika Sterling turut membantu memberi tekanan selain aksi menyerlah Kevin De Bruyne seakan hampir menemui jaringan dengan setiap gerakan yang dilakukan.

Dalam pada itu, penjaga gawang City, Ederson tampak bersedia untuk menghalang tandukan Christian Benteke ketika memperolehi peluang terbaik menjaringkan gol.

“Saya harap, kami akan bermula dari sini dan meneruskan prestasi terbaik kami,” kata Guardiola. “Penjaga gol mereka banyak menyelamatkan bola tetapi kami mungkin boleh lebih klinikal.”

Pengurus City gembira membuat pertukaran di barisan tengah membabitkan Fernandinho dan Rodri tidak menjaringkan gol.

“Gandingan kami cepat serasi kerana mereka mempunyai kepakaran dan menghantar bola dengan baik kerana mereka bermain di barisan perancang tengah.” katanya.

Krisis pertahanan yang melanda Guradiola berjaya diatasi dengan kembalinya John Stones yang beraksi dalam 10 minit terakhir permainan selepas kembali pulih daripada kecederaan paha.

Pengurus Palace, Roy Hodgson berkata: "Saya berbangga dengan cara kami memberi tekanan dalam permainan dan tidak menyerah kalah. Kami memberikan mereka aksi yang baik dengan segala kemampuan kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 8:24 AM