Pemain Juventus, Miralem Pjanic (tengah) meraikan jaringan bersama Ronaldo pada aksi Serie A Itali. FOTO AFP
Reuters

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol pembukaan ketika Juventus menewaskan pelawat Bologna, 2-1, awal pagi ini, sekali gus menjarakkan kedudukan empat mata di puncak carta Serie A Itali.

Ronaldo meledak dari jarak dekat selepas 19 minit permainan namun Danilo menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat beberapa minit selepas itu.

Miralem Pjanic memastikan jaringan kemenangan Juve selepas waktu rehat dan Bologna dinafikan dengan jaringan penyamaan yang terkena palang dan ketangkasan Gianluigi Buffon menyelamatkan gawang gol ketika minit kecederaan permainan.

Keputusan itu menjarakkan kemenangan Juve dalam lima perlawanan di semua kejohanan dan meneruskan permulaan tanpa kalah Maurizio Sarri sebagai jurulatih.

“Saya memberitahu kepada pemain supaya kita tidak perlu cuba mengawal permainan, mengekalkan pendahulu atau berada dalam keadaan selesa, kerana atau tidak kita membuatkan diri kita dalam keadaan berisiko di setiap penghujung aksi,” kata Sarri.

“Ia adalah perlawanan yang bagus, tetapi dicemarkan dengan tiga atau empat kesilapan teruk yang kami perlu perbaiki,” katanya.

“Saya perlu memastikan pemain menyedari kita menguasai bola atas sebab, bukan kawalan semata-mata. Kami pergi ke arah pengubah suai dan ia tidak pernah sempurna.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 9:38 AM