Pemain Portugal dan Atletico Madrid, Joao Felix (tengah) alami kecederaan dan terpaksa dibantu pasukan perubatan. FOTO EPA
AFP

PEMAIN Atletico Madrid, Joao Felix dijangka terlepas aksi pasukan itu pada saingan Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri berdepan Bayer Leverkusen, pada awal pagi Rabu ini.

Felix terseliuh pergelangan kaki kanan ketika membantu pasukannya itu mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Valencia, malam tadi.

Felix terpaksa dipapah keluar pada 10 minit terakhir ketika berdepan Valencia di Wanda Metropolitano dan dia kini dijangka terpaksa berehat sekitar dua minggu.

“Joao Felix menjalani pemeriksaan X-ray dan imbasan MRI di Klinik Universidad de Navarra pada Sabtu, yang disahkan mengalami kecederaan tahap dua pada pergelangan kaki kanan,” menurut kenyataan Atletico.

Felix, menyertai Atletico untuk Euro 126 juta dari Benfica musim lalu, meninggalkan pasukan dengan 10 pemain selepas jurulatih Diego Simeone sudah menggunakan kesemua tiga kuota pertukaran simpanan dibenarkan.

Pemain Valencia, Dani Parejo menyamakan kedudukan dari sepakan percuma beberapa minit kemudian selepas Diego Costa menjaringkan gol penalti buat Atletico pada separuh masa pertama.

f.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 9:53 AM