Andy Murray ketepikan cabaran pemain Perancis, Ugo Humbert 3-6, 7-5, 6-2 pada semi final Terbuka Eropah. FOTO AFP
AFP

BEKAS pemain nombor satu dunia, Andy Murray melangkah ke final pertamanya dalam tempoh dua tahun setengah dan mengakui ia adalah ‘kejutan terbesar’.

Murray, dengan tenang mengukuhkan permainan perseorangan selepas menyelamatkan karier menerusi pembedahan pinggul pada Januari, menewaskan pemain Perancis, Ugo Humbert 3-6, 7-5, 6-2 untuk pemburuan kejuaraan perlawanan di Terbuka Eropah.

“Ia adalah kejutan besar pada saya. Saya gembira untuk berada di final,” katanya.

“Ia agak terlalu lama untuk berada semula di tempat seperti ini. Saya sebenarnya tidak menjangkakan ia akan hadir dengan begitu cepat selepas saya kembali beraksi semula.”

Pemain Britain berusia 32 tahun itu akan berdepan rakannya yang juga juara tiga kali Grand Slam, Stan Wawrinka pada final malam ini.


Stan Wawrinka. FOTO Agensi

Murray kini berada di ranking rendah 243, kali terakhir mara ke final di Dubai pada Mac 2017 di mana dia memenangi antara pencapaian terbaik kejuaraan ke 45 dalam kariernya.

Dia kini bermain buat minggu keempat berturut-turut dalam jelajah hanya kembali dalam acara perseorangan di Cincinnati pada Ogos.

Murray mendahului Wawrinka 11-8 dalam rekod pertemuan mereka.

“Saya fikir ia pasti perlawanan yang bagus,” tambahnya. “Saya dan Stan sudah banyak bermain antara satu sama lain. Sangat bagus kami berdua kembali bermain semula antara satu sama lain dalam final.”

Terdahulu Wawrinka memusnahkan aksi cemerlang pemain remaja Itali, Jannik Sinner di Belgium, pemain veteran Switzerland mengalahkan pemain berusia 18 tahun itu dengan 6-3, 6-2 untuk mara pada final ke 30 dalam kariernya.

“Saya sangat gembira,” kata Wawrinka seolah sama seperti Murray, yang terpaksa berjuang dengan kecederaan belakang sejak beberapa tahun kebelakangan ini selain menjalani dua pembedahan lutut pada 2017.

“Saya tidak beraksi sejak di Terbuka AS, jadi untuk berada di final di sini selepas sebulan berlalu ia cukup hebat pada saya.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 11:15 AM