Callum Hudson-Odoi (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO Reuters
Agensi

FRANK Lampard memuji aksi Callum Hudson-Odoi dan Christian Pulisic selepas Chelsea bergelut untuk mencatat kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United.

The Blues dihalang daripada persembahan berdisiplin barisan pertahanan kendalian Steve Bruce di Stamford Bridge sebelum Hudson-Odoi melakukan hantaran kepada Marcos Alonso yang menjaringkan gol kemenangan ketika minit ke 73 permainan.

Hudson-Odoi menjadi antara penyerang berbahaya Chelsea ketika 45 minit separuh masa pertama dan mencipta lima percubaan menghasilkan gol secara keseluruhan - antara terbanyak bagi pemain remaja Chelsea sejak Romelu Lukaku pada Mei 2012 - sebelum dia diletakkan di bangku simpanan pada minit akhir permainan selepas mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan.

“Saya fikir dia adalah berita baik, sangat baik, bagi produk yang bersaing di bahagian sayap dan bijak mengawal pemain lawan,” kata Lampard mengenai pemain berusia 18 tahun itu, yang membantu menghasilkan jaringan dalam tiga penampilan liga berturut-turut.

“Dia kelihatan tajam, mengawal pemain - beri ancaman besar. Saya sangat berbesar hati dengan perkara itu.


Lampard memuji aksi Christian Pulisic (kanan) selepas perlawanan menentang Newcastle. FOTO Reuters

Lampard memuji dengan aksi Pulisic apabila kesungguhannya apabila dimasukkan selepas 26 minit permainan separuh masa kedua menggantikan Mason Mount.

Bintang Amerika Syarikat itu terlepas peluang terbaik untuk memecah kebuntuan jaringan tetapi membantu memberi tambahan corak serangan Chelsea ketika mereka terus memberi tekanan di barisan pertahanan lawan.

Kedudukan Pulisic dalam perancangan Lampard sebelum ini agak diragui selepas tidak diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama liga sejak Ogos tetapi bos Blues tidak menafikan akan memberi peluang pada masa depan buat pemain berusia 21 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 12:39 PM