Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (kiri) dan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (kanan) pada aksi Liga Perdana malam tadi. FOTO AFP
AFP

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengutuk taktikal bertahan Manchester United dan gagal memperoleh dakwaan VAR kontroversi ketika rekod kemenangan seratus-peratus juara Eropah itu dalam saingan Liga Perdana terjejas dengan keputusan seri 1-1 di Old Trafford.

Gol kontroversi Marcus Rashford memberikan barisan bergelut Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjae mendahului 1-0 pada separuh masa pertama, namun gagal dipertahankan untuk kemenangan yang amat diperlukan selepas pemain gantian Adam Lallana menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat perlawanan.

Liverpool mendahului enam mata daripada Manchester City di puncak carta liga, tetapi Klopp masih merasakan barisan kendaliannya terlepas peluang untuk terus memberi tekanan kepada United yang menduduki tempat ke 13 dalam Liga Perdana.

“Kebanyakannya tidak memihak kami. Aksi kami pada separuh masa juga serba tidak menjadi,” kata Klopp, yang meninggalkan padang tanpa berpuas hati memohon keputusan VAR untuk tidak mengesahkan jaringan Rashford kerana kesalahan yang dilakukan Victor Lindelof terhadap Divock Origi ketika menjaringkan gol itu.

“Saya yakin 100 peratus VAR akan menafikannya,” tambahnya. “Pengadil membiarkan perlawanan diteruskan kerana dia mempunyai VAR tetapi tayangan VAR menunjukkan ‘ia tidak jelas’ jadi kami tidak boleh katakan ia buat kesalahan. Ia jelas isu VAR bagaimana kita berhadapan dengannya buat masa ini.”

Antara dua pasukan bola sepak yang mencipta banyak berjaya dalam bola sepak Inggeris dan perlawanan itu pastinya menarik perhatian peminat bola sepak.

Bagaimanapun, United menyahut gesaan Solskjaer untuk bangkit pada perlawanan itu ketika jurulatih itu mengubah formasi 3-5-2 untuk memaksa pendahulu liga melakukan beberapa pertukaran.

“Apabila kami datang ke sini tahun ini, tahun lalu dan tahun sebelumnya mereka hanya bertahan. Ia bukan mengkritik, ia adalah fakta,” tambah Klopp.

“Kualiti yang mereka ada, (apabila mereka) menetapkan seperti itu, ia amat sukar. Bukan alasan, kami perlu melakukan lebih baik. “Kami pasukan yang bagus dan ia normal jika lawan akan memikirkan bagaimana untuk mengatasi kami.”


Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan United. FOTO Reuters

United tidak menjaringkan gol pada dua perlawanan terakhir mereka sebelum tugasan antarabangsa, namun akhirnya menghasilkan detik berkualiti untuk mendahului walaupun dikatakan dibantu oleh nasib dalam usaha mendapatkan gol berkenaan selepas Lindelof dan Origi kedua-duanya terlepas perebutan bola, umpanan Daniel James disambar tepat Rashford untuk menewaskan Alisson.

“Tiada peluang,” kata Solskjaer apabila ditanya adakah dia menyangka Lindelof melakukan kesalahan.

“Ini bukan permainan bola keranjang, dia menyentuhnya tetapi ia tidak jelas dan kesalahan biasa. Saya tak fikir ia satu kesalahan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 8:04 AM