Aidil (kiri) mahu skuadnya menang di Kuantan. FOTO NSTP
Izzali Ismail


SKUAD Kedah akan berjuang habis-habisan mencari kemenangan apabila berkunjung ke Kuantan berdepan Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu ini.

Keputusan seri 3-3 pada aksi pertama di Alor Setar minggu lalu, membuatkan Kedah perlu menang di tempat lawan andai mahu layak ke final.

Ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak, berkata fokus pemainnya kini mempersiapkan diri mencari kemenangan di tempat lawan.

"Kita perlu lupakan segala jaringan terhasil di Stadium Darul Aman dan hadir ke Kuantan dengan satu misi iaitu mencipta kemenangan di tempat lawan.

"Apa berlaku pada perlawanan di Alor Setar sudah berlalu.

Apa kita rancang dan usahakan hari ini merupakan perancangan baharu untuk hadir dengan aksi lebih bersemangat memastikan kejayaan,” katanya.

Aidil yang mengikuti kursus kejurulatihan Pro-Diploma AFC tahun ini berkata setiap kelemahan skuad Lang Merah sudah dikenalpasti untuk menghadapi pertarungan di tempat lawan dalam masa beberapa hari lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 2:53 PM