Evra anggap Arsenal masih tidak berubah. FOTO REUTERS
Agensi

PATRICE Evra menganggap karakter Arsenal masih tidak berubah selepas skuad kendalian Unai Emery mengalami satu lagi kekalahan memalukan kepada Sheffield United di tempat lawan, awal pagi tadi.

Gol tunggal Lys Mousset sudah cukup untuk memisahkan dua skuad itu menyaksikan Arsenal menunjukkan perwatakan longgar atau tiada keinginan untuk mengubah hala tuju perlawanan di Bramall Lane.

Evra yang juga bekas pemain Manchester United menikmati banyak kejayaan ke atas Gunners antara 2006 dan 2014, memberitahu Sky Sports reputasi Arsenal yang lembut tidak berubah sejak dia beraksi di England.

“Saya benar-benar gembira untuk Sheffield,” katanya.

“Mereka berhak untuk menang tetapi tetapi saya tidak terkejut dengan apa dialami oleh Arsenal.

“Saya biasa memanggil mereka 'bayi saya' 10 tahun lalu dan ia bukan bermakna tidak menghormati mereka.

Ia disebabkan perasaan yang saya miliki bersama United dan sentiasa berasa akan menang setiap kali berdepan Arsenal.”

Evra memenangi lima gelaran Liga Perdana ketika berada di Old Trafford mendedahkan perbualan dengan bekas pemain Arsenal Robin van Persie selepas pemain Belanda itu menyertai United daripada utara London pada 2012.

“Sebulan selepas menyertai United, Robin Van Persie berkata "Betul apa anda cakap Patrice".

Malah, Guendouzi yang beraksi dalam Liga Kedua Perancis adalah pemain terbaik.

“Tiada apa yang berubah – saya seperti nak kata mana Arsene? Mana Wenger? Kerana ia tetap sama.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Oktober 2019 @ 5:25 PM