EXCO FAM selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM, ACP (B) Md Dali Wahid (tengah) bergambar bersama pengumpul koleksi jersi-jersi lama pasukan bola sepak di Malaysia sempena Karnival Sukan Kolektor 2019 di Uptown Sports Bangi. FOTO/ZULFADHLI ZULKIFLI.
EXCO FAM selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai FAM, ACP (B) Md Dali Wahid (tengah) bergambar bersama pengumpul koleksi jersi-jersi lama pasukan bola sepak di Malaysia sempena Karnival Sukan Kolektor 2019 di Uptown Sports Bangi. FOTO/ZULFADHLI ZULKIFLI.
Syazwan Msar


PEMAIN futsal negara yang dipilih menerusi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) tidak mencapai tahap untuk bersaing di peringkat kebangsaan seterusnya menyebabkan Malaysia terpaksa pulang awal apabila tewas kesemua perlawanan pada kempen Kejuaraan Futsal AFF 2019 baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Md Dali Wahid berkata, terdapat beberapa pemain yang dilihat kurang stamina dan memiliki mentaliti lemah menyebabkan gagal mencatatkan kemenangan pada perlawanan terbabit.

Beliau berkata, kekalahan memalukan skuad futsal negara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Futsal dalam masa terdekat ini bagi memperbaiki kelemahan pasukan selain membentuk barisan pemain lebih mantap.

“MPFL tidak menganggu dalam persiapan skuad futsal kebangsaan cuma pemilihan pemain yang ada tidak memenuhi atau mencapai tahap untuk peringkat kebangsaan.

“Oleh itu, kita akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat kerana sekarang ini pembangunan futsal berada dalam landasan betul dan perlu perbetulkan beberapa perkara termasuk pemilihan pemain.

“Jika lihat pada Indonesia, sekali panggil untuk pemilihan pemain futsal, ia dihadiri lebih 100 orang sekali gus dapat memilih kesebelasan terbaik mereka,” katanya ketika ditemui pada Karnival Kolektor XI 2019 di Uptown Sport, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Karnival Kolektor XI yang diadakan kali kedua menghimpunkan lebih 2,000 koleksi jersi membabitkan liga tempatan dan antarabangsa serta skuad kebangsaan dari era 70 an.

Malah, keseluruhan jersi tempatan yang dikumpul daripada seluruh negeri itu boleh dikatakan mencecah lebih RM300,000 dengan ada antaranya milik bekas pemain negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 6:09 PM
Digital NSTP Subscribe