Pasukan Balai Berita menjadi juara kategori veteran bagi perlawanan bola sepak MPB Bulan Sukan Negara 2019.

PASUKAN Veteran Balai Berita (BB) menewaskan Veteran Seri Pentas (SP), 2-1 dalam saingan bola sepak kategori veteran sempena Media Prima Berhad (MPB) Bulan Sukan Negara 2019 (BSN19), malam tadi.

Perlawanan penuh dramatik itu berlangsung di Stadium Universiti Malaya Arena, Kuala Lumpur.

Gol Kemenangan BB dijaringkan oleh Mohd Badlishah Md Ali pada separuh masa kedua manakala gol pembukaan dijaringkan Adha Ghazali.


Sri Pentas juara keseluruhan MPB Bulan Sukan Negara 2019. FOTO Asyraf Hamzah

Pasukan BB dibarisi kakitangan kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) diketuai Ketua Pegawai Operasi NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya.

Turut serta dalam perlawanan itu Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Seelan Paul yang mewakili pasukan SP.

Sementara itu, dalam aksi kategori Terbuka pula jaringan tunggal perlawanan oleh Saiyed Ismail Syaiyed Hussin pada separuh masa kedua memastikan kemenangan pasukan SP menewaskan pasuakn BB, 1-0.

Manakala hasrat skuad wanita BB untuk mengikut jejak langkah skuad veteran tidak kesampaian apabila tumpas 0-2 kepada pasukan SP.


Aksi perlawanan bola sepak wanita antara pasukan Balai Berita dan Sri Pentas. FOTO Asyraf Hamzah

Kontinjen SP bagaimanapun diumum juara keseluruhan BSN19 selepas mengungguli acara boling, bola tampar wanita, sepak takraw, dodgeball lelaki serta E-Sukan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Eksekutif Kanan Unit Perhubungan Pekerja, Jabatan sumber Manusia Kumpulan Media Prima Berhad, Zul Fakhri Abdul Mutalib.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 2:52 PM