Firdaus Hashim & Syazwan Msar


JOHOR Darul Ta’zim (JDT) ternyata sukar digugat apabila mendahului 2-0 pada separuh masa pertama perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dua gol sumbangan Leandro Velazquez dan Safawi Rasid membantu JDT berada dalam keadaan selesa untuk mengharungi separuh masa kedua.

Velazquez membuka tirai jaringan selepas 26 minit apabila dia menyempurnakan hantaran silang Gonzalo Cabrera menerusi gerakan menarik dari sebelah kiri.

Kedah seolah-olah hilang tumpuan apabila terus membenarkan lawan melakukan serangan bertali arus sebelum dihukum dengan jaringan kedua menerusi sepakan percuma Safawi yang menerjah gawang untuk kedudukan 2-0 pada minit ke-34.

Babak pertama turut menyaksikan lima kad kuning dilayangkan masing-masing tiga kepada pemain Kedah manakala dua kepada pemain JDT.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 9:59 PM
PEMAIN JDT, Gonzalo Gabriel Cabre Giordano diasak pemain Kedah Muhammad Shakir Hamzah (kanan) ketika Pelawanan Akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
PEMAIN JDT, Gonzalo Gabriel Cabre Giordano diasak pemain Kedah Muhammad Shakir Hamzah (kanan) ketika Pelawanan Akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
Digital NSTP Subscribe