ASHLEIGH bersama trofi kejohanan. - FOTO EPA
Reuters

ASHLEIGH Barty menamatkan musim ini dengan bergaya apabila menewaskan juara bertahan Elina Svitolina 6-4, 6-3 untuk merangkul trofi Pusingan Akhir WTA di Shenzen, China, hari ini.

Ashleigh yang muncul pemain Australia pertama menduduki ranking nombor satu WTA pada penghujung tahun sejak diperkenalkan pada 1975 turut menjuarai Terbuka Perancis di Roland Garros pada Jun lalu.

Dia juga pemain Australia pertama menjuarai Pusingan Akhir WTA sejak Evonne Goolagong Cawley melakukannya dua kali pada 1976.

"Tahun ini paling menakjubkan buat saya,” kata Ashleigh yang mengaut $4.42 juta di atas kejayaan di Shenzhen. “Musim menakjubkan pada era tenis moden wanita dan beraksi di hadapan penyokong yang sangat hebat.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 11:20 PM