Aksi Novak Djokovic pada Final Paris Masters. FOTO EPA
Aksi Novak Djokovic pada Final Paris Masters. FOTO EPA
AFP

NOVAK Djokovic berkata dia bersedia berdepan ‘ujian terbesar’ untuk cuba menang dalam Jelajah Final ATP di London dan memastikan kedudukan pemain nombor satu dunia penghujung tahun ini untuk rekod sebanyak enam kali.

Juara Grand Slam 16 kali memenangi kejuaraan kelima Paris Master semalam dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain Kanada, Denis Shapovalov, namun akan dirampas kedudukan di puncak ranking daripada pemain yang mengalami kecederaan Rafael Nadal.

Nadal berkata dia akan berjuang habis habisan untuk kembali cergas untuk permulaan musim-menamatkan kejuaraan pada 10 November.

Jika pemain Sepanyol itu tidak bermain atau gagal menang perlawanan peringkat kumpulan di final, Djokovic harus melepasi dua peringkat kumpulan dan memastikan final menjadi miliknya.

Djokovic pasti berada di kedudukan teratas ranking di hujung tahun apabila memenangi kejohanan dan Nadal gagal melepasi separuh akhir.

“Semestinya ada peluang untuk saya menang semua perlawanan di London, apabila saya beraksi baik. Saya sudah melakukan sebelum ini dan saya gemar beraksi di sana,” kata pemain berusia 32 tahun yang sudah memenangi lima kejuaraan Final ATP.

“Namun ia ujian yang sangat sukar bergantung kepada siapa lawan yang akan ditentang.

“Kamu bermain dengan 10 pemain terbaik setiap perlawanan demi perlawanan. Jadi ia ujian yang cukup besar pada saya kerana apa yang perlu dilakukan adalah untuk terus kekal fokus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 1:36 PM