Lampard mahu beli tiga pemain baru. FOTO NSTP
Agensi

FRANK Lampard akan berbelanja sekiranya penggantungan jendela perpindahan pemain Chelsea ditarik balik.

Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan akan mendengar rayuan The Blues terhadap penggantungan dua jendela perpindahan pada 20 November.

Lampard berkemungkinan memiliki lebih £150 juta (RM802j) untuk dibelanjakan jika keputusan menyebelahi mereka.

Lampard melepasi jangkaan ditetapkan kelab itu dengan pemain akademi kelab itu dan pemain yang sudah membina nama dalam bola sepak.

Tiga pemain menjadi sasarannya adalah penyerang Crystal Palace, Wilf Zaha, pemain bek kiri Leicester, Ben Chilwell dan penyerang RB Leipzing dan Jerman, Timo Werner.

Lampard menyerap penggantungan perpindahan dengan memanfaatkan pemain akademi seperti Mason Mount, Tammy Abraham, Fikayo Tomori dan Callum Hudson-Odoi.

Dia berkata: “Kami sentiasa cuba melihat untuk memperbaiki jendela perpindahan di Chelsea, jika kami dibenarkan dan jika pemain kelihatan lebih baik atau kami merasakan nilai tambah kepada skuad.

“Sudah tentu saya berminat kerana kerana ia jelas sekali akan memberi kesan terhadap potensi pembelian Januari atau sebaliknya.”

Chelsea mempunyai wang selepas menjual superstar mereka Eden Hazard ke Real Madrid pada musim panas lalu.

FIFA mengharamkan Chelsea daripada menandatangani pemain sehingga musim panas depan selepas didapati bersalah terbabit dalam urusan 150 perpindahan pemain muda dan bintang asing yang melanggar peraturan.

Sekalipun berada di tangga keempat Liga Perdana dengan mencapai kejayaan bersama beberapa pemain dibangunkan oleh akademi kelab itu namun Chelsea masih berminat mendapatkan beberapa pemain luar untuk mengukuhkan skuad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 3:32 PM