X
Mane (kanan) akui kadangkala berdepan masalah dengan Salah. FOTO REUTERS
Mane (kanan) akui kadangkala berdepan masalah dengan Salah. FOTO REUTERS
Agensi

SADIO Mane mengakui ada masanya kurang bersetuju dengan rakan sepasukan Liverpool, Mohamed Salah.

Pemain antarabangsa Senegal itu yang berang selepas digantikan ketika menentang Burnley, Ogos lalu kerana marah Salah tidak melorongkan bola kepadanya.

Biarpun wujud masalah itu Mane mengatakan dia masih seronok bergandingan dan bermain bersama Salah.

Mane memberitahu France Football mengenai pemain antarabangsa Mesir itu: “Dia sentiasa dahaga mahu meledak gol dan pemain unggul mampu melakukan segala-galanya.

“Ada masanya kami berdepan masalah tidak bersetuju dalam hal tertentu tetapi seronok dapat bermain di sebelahnya kerana kami mempunyai perasaan sama bercakap mengenai bola sepak.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 3:15 PM