JAMIE Vardy dan James Maddison meraikan jaringan pada perlawanan menentang Arsenal awal pagi tadi. FOTO Reuters
JAMIE Vardy dan James Maddison meraikan jaringan pada perlawanan menentang Arsenal awal pagi tadi. FOTO Reuters
Reuters

JAMIE Vardy dan James Maddison meledak dua gol pada separuh masa kedua ketika Leicester City menumpaskan Arsenal 2-0 di Stadium King Power awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Leicester memiliki 26 mata dan mengatasi Chelsea dari segi perbezaan gol dan satu mata mendahului juara bertahan Manchester City yang berkunjung ke Liverpool awal pagi esok.

Gunners mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan di liga itu dan kekalahan keempat itu akan menambah persoalan mengenai kewajaran menggantikan Arsene Wenger dengan pengendali kelahiran Sepanyol, Unai Emery.

Perlawanan berlangsung seimbang pada separuh mata pertama, biarpun kegagalan Arsenal mempertahan bola memberi peluang kepada Leicester.

Leicester sering bangkit pada separuh masa kedua dan ini mendatangkan masalah buat Gunners.

Percubaan Arsenal pada minit ke-55 menerusi Pierre-Emerick Aubameyang dibatalkan kerana ofsaid hasil keputusan VAR dan 13 minit kemudian Leicester menyumbat gol pertama.

Pengendali Foxes, Brendan Rodgers pantas memuji Vardy, penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 11 gol musim ini.

“Pertamanya, ia memberikan keyakinan terhadapnya. Dia berada setanding dengan penyerang ternama bola sepak Eropah dengan apa yang dibawanya kepada pasukan menerusi asakannya,” kata bekas pengendali Liverpool dan Celtic.

“Kami membenarkannya melakukan apa yang mahu dilakukannya, bagaimana kami bermain, menjadi agresif dan permainan pantas jelas sekali sesuai dengannya.

“Namun kebolehannya melakukan penyudah, ketepatannya jelas sekali luar biasa. Ia satu bukti tumpuan penuhnya dalam permainan, apabila peluang datang dia sentiasa bersedia.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 8:59 AM
Kabinet Malaysia 2020