Agensi/Esme Jo

SEBELUM tewas kepada Leicester, penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang sudahpun melalui detik mematahkan hati apabila kereta mewahnya terbabit dalam kemalangan.

Malah, foto dirakam kelmarin bukanlah sesuatu membuatkan Aubameyang berasa bangga kerana membabitkan kereta Lamborghini Aventador berwarna perak kesayangannya.

Pemain berusia 30 tahun itu dilihat berdiri di bonet kereta super berharga £270,000 (RM1.4 juta) selepas berlanggar dengan Mercedes di laluan 25 berhampiran Potters Bar, Hertfordshire.

Bagaimanapun, tiada mengalami kecederaan.


Reaksi Aubameyang pada perlawanan tewas kepada Foxes. FOTO REUTERS

Seorang pengguna jalan raya yang melihat insiden itu berkata: “Ketika itu semua laluan sibuk waktu puncak, kereta bergerak perlahan dan berada dekat satu sama lain.”

Skuad pemain berharga £56j (RM296j) itu mengalami kekalahan 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Leicester, awal pagi tadi.

Aubameyang menerima gaji £200,000 seminggu (RM1j) atau bersamaan RM4j sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 2:33 PM
Aubameyang (kanan) bersama Lamborghini selepas melanggar Mercedes. FOTO Youtube