Pasukan Perancis meraikan kejayaan memenangi Piala Fed. FOTO EPA
Reuters

PERANCIS meraih gelaran pertama Piala Fed dalam tempoh 16 tahun selepas menewaskan tuan rumah, Australia, 3-2, hari ini.

Kemenangan itu diraih menerusi kemenangan gandingan beregu di set penentuan pada final di Perth.

Kristina Mladenovic dan Caroline Garcia beraksi dengan tenang pada penentuan menewaskan Ash Barty dan Sam Stosur 6-4, 6-3 di Perth Arena sekaligus mengesahkan gelaran ketiga Perancis dalam acara wanita.

Kejayaan itu menyaksikan Perancis menjulang gelaran itu untuk kali pertama sejak kali terakhir pada 2003 ketika Amelie Mauresmo mengetuai Perancis menang 4-1 ke atas Amerika Syarikat pada final di Moscow.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 6:39 PM