MATUIDI mengakami kecederaan ketika menentang AC Milan di Turin, Ahd lalu. — FOTO AFP
AFP

BLAISE Matuidi diketepikan daripada skuad Perancis bagi kelayakan Euro 2020 menentang Moldova dan Albania selepas mengalami kecederaan tulang rusuk, menurut kelab pemain tengah itu Juventus semalam.

“Blaise Matuidi tidak akan menyertai pasukan kebangsaan Perancis selepas insiden pada perlawanan semalam menentang Milan,” menurut juara Itali itu dalam laman web mereka.

“Pemain tengah itu menjalani imbasan MRI hari ini, yang menunjukkan keretakan tulang rusuk.” Juventus tidak menyatakan berapa lama pemain berusia 32 tahun itu tidak boleh beraksi.

Matuidi mengalami kecederaan itu ketika menang 1-0 ke atas AC Milan yang mengekalkan Juve di tangga teratas Serie A dan gagal berkunjung ke Paris menjelang dua aksi Kumpulan H Khamis dan Ahad ini yang boleh memastikan kemaraan ke pusingan akhir musim panas depan.

“Malangnya saya terkeluar daripada pasukan, tapi saya yakin @equipefrance akan layak,” ciap Matuidi dalam Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 11:27 AM