Guardiola (tengah) mahu cari pengganti Aguero (kiri) dan Silva. FOTO REUTERS
Agensi

MANCHESTER City sekali lagi sedia berbelanja besar bagi memastikan kelab itu terus berada dalam kalangan elit Eropah.

Pengurusan akan membuat keputusan aliran tunai bagi mengelak kelab itu mengalami penurunan ketika City kini ketinggalan sembilan mata di belakang Liverpool dalam usaha untuk meraih gelaran ketiga berturut-turut.

City juga meletak sasaran untuk membuat rundingan baru terhadap beberapa kontrak untuk memastikan skuad kendalian Pep Guardiola kekal mantap.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mahu menggantikan pemain pertahanan tengah dan bekas kapten, Vincent Kompany yang meninggalkan kelab itu pada hujung musim lalu.

Mereka juga mahu menggantikan David Silva yang akan meninggalkan kelab itu pada musim panas depan dan Sergio Aguero dalam masa terdekat.

Rundingan terbabit berkemungkinan menyebabkan City terpaksa mengeluarkan kos sekurang-kurangnya £100 juta (RM533j).

Masa depan Guardiola kini di bawah perhatian selepas isterinya Cristina kembali ke Sepanyol pada awal tahun ini.

Sumber menyatakan Guardiola komited terhadap baki kontrak bersama City selama 18 bulan lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 3:44 PM