Doktor membuka balutan kaki Pogba. FOTO REUTERS/Instagram
Agensi

SKUAD Manchester United mendapat suntikan moral apabila Paul Pogba semakin hampir untuk beraksi semula selepas pembalut simen kaki dibuka.

Pemain tengah pemenang Piala Dunia itu hanya tampil enam perlawanan musim ini selepas disahkan mengalami kecederaan pergelangan kaki bulan lalu.

Pogba yang begitu gembira mendedahkan perkara itu kepada pengikutnya di Instagram dia akhirnya bebas daripada balutan selepas doktor membuka acuan pembalut di kakinya.

Pemain berusia 26 tahun itu akan memulakan program pemulihan selama dua minggu dan meletak sasaran untuk kembali mendapat kecergasan penuh menjelang Disember.

Kaki Pogba yang sudah tidak berbalut. FOTO Instagram

Berita itu hadir selepas Victor Lindelof kembali untuk bermain ketika United menang 3-1 ke atas Brighton, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 5:12 PM