JUARA dunia F1, Lewis Hamilton ketika sesi soal jawab bersama media di Sao Paulo, Brazil. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton dan Mercedes akan terus memburu motivasi sebenar pada Grand Prix Brazil hujung minggu ini apabila mereka kembali beraksi sejak meraikan kejuaraan pelumba dan pengeluar buat kali keenam tahun ini.

Seminggu selepas meraikan kejayaan Hamilton menjulang kejuaraan keenam, pasukan itu perlu memberi tumpuan untuk dua lagi pusingan musim kejuaraan 2019, bermula di Sao Paulo dan berakhir di Abu Dhabi pada 1 Disember.

Sesuatu yang tidak diduga dan mungkin secara signifikan, pasukan Silver Arrows akan bertarung di litar terkenal dan hebat di Interlagos, di mana Hamilton kali pertama bersama McLaren pada 2008, bukan di bawah kendalian Toto Wolff.

Di sebalik spekulasi mengenai masa depan dirinya dan pasukan, dia memutuskan untuk tidak menyertai perlumbaan buat kali pertama dalam tempoh enam tahun dengan ramai pemerhati membayangkan fokusnya semakin longgar dan ada yang berpendapat Mercedes akan meninggalkan F1 untuk memburu cabaran lain, termasuk Formula E.

Wolff menolak idea bahawa sebarang tindakan untuk meninggalkan sukan itu dibuat apabila dia berkata ‘semuanya menunjukkan bahawa kami akan kekal, tetapi tidak semua mampu berbuat demikian’ mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan sukan permotoran itu.

“Ke manakah haluan pembangunan dunia automotif?” soalnya kepada ESPN.

“Dalam bentuk apakah F1 masih relevan sebagai platform hiburan dan teknologi dan sebagai satu jenama, yang kereta pertamanya adalah kereta lumba, adakah kami mahu kekal di platform ini untuk jangka panjang?”

Mungkin dengan isu besar dapat diselesaikan, fokus di Brazil akan terarah kepada masa depan sukan itu pada 2020 dan seterusnya - menjadikan pelumba ternama dan pasykan mereka akan dipantau dan dianalisis secara terperinci.”

Bagi Hamilton ia adalah pertarungan memburu rekod ketika dia terus berusaha memintas rekod Michael Schumacher yang menjuarai tujuh gelaran dunia dan 91 Grand Prix. Pelumba Britain itu kini menjulang enam gelaran dan 83 kemenangan peribadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 10:02 AM