Muka Gomez mengalami calar selepas bergaduh dengan Sterling. FOTO REUTERS
Agensi

TAHAP kecederaan dialami oleh bintang England Joe Gomez dalam pergaduhannya dengan Raheem Sterling didedahkan selepas sesi latihan menunjukkan ‘calar’ di sebelah pipi kanannya.

Foto rakaman wajah pemain England berusia 22 tahun itu jelas menampakkan garis calar merah di bawah mata ketika dia turun berlatih untuk kali pertama sejak bertekak dengan penyerang Manchester City itu.

Ketika Gomez menundukkan sedikit mukanya, kesan calar terbabit dapat dilihat sehingga ke lehernya.

Sterling, 24 menunjukkan sisi barannya itu selepas ‘melagakan kepala’ kepada rakan sepasukan antarabangsanya itu ketika mereka berada di kantin.

Mereka kemudian ditenangkan oleh rakan sepasukan Three Lions selepas makanan di atas meja berterbangan dalam pergaduhan itu.

Kapten Liverpool Jordan Henderson yang menyertai skuad itu semalam dan tidak dapat bermain kerana penggantungan untuk kelayakan pertama bertindak sebagai orang tengah dengan bercakap kepada Gomez dan Sterling menerusi perbualan telefon.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 2:11 PM