Taufan Hagibis cetus ketegangan perlawanan Scotland menentang Jepun pada Piala Dunia. FOTO AFP
AFP

KESATUAN Ragbi Scotland (SRU) membayar denda £70,000 (RM374,000) dan melahirkan rasa kesal berhubung ugutan pembatalan perlawanan Piala Dunia Ragbi terhadap pasukan tuan rumah Jepun disebabkan Taufan Hagibis, menurut Ragbi Dunia, hari ini.

Scotland terdesak untuk beraksi pada perlawanan itu kerana sekiranya ia dibatalkan ia dianggap seri 0-0 dan mereka akan tersingkir.

Ketua eksekutif SRU Mark Dodson berkata Scotland “tidak akan mengalami kemusnahan disebabkan taufan dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlawanan itu tidak diteruskan.

Taufan berkenaan adalah salah satu taufan paling kuat pernah melanda Jepun sepanjang tempoh sejarah taufan melanda negara terbabit mengakibatkan 80 kematian.

Perlawanan itu diteruskan menyaksikan Jepun menang 28-21 pada 13 Oktober lalu dan layak manakala Scotland gagal ke suku akhir untuk kali kedua dalam sejarah mereka pada saingan Piala Dunia.

Ragbi Dunia menyatakan komen dibuat itu tidak sesuai dan disalah tafsir.

“Ragbi Dunia boleh mengesahkan SRU sudah melahirkan rasa kesal mereka dan mengesahkan mereka tidak akan mencabar Ragbi Dunia lebih lanjut berhubung perkara itu,” menurut persekutuan itu dalam kenyataan.

“SRU bersetuju membayar derma sebanyak £70,000 (RM374,000) kepada Ragbi Dunia dan kes itu sudah diselesaikan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 7:44 PM