FABIO QUARTARARO
FABIO QUARTARARO
AFP

PELUMBA muda Perancis Fabio Quartararo meraih petak pertama buat kali keenam dalam kejuaraan itu pada perlumbaan terakhir musim Grand Prix Valencia hari ini, dengan juara dunia Marc Marquez mengekori rapat.

Pelumba Yamaha-SRT Quartararo,20, mendominasi pada peringkat terakhir kelayakan di litar Ricardo Tormo selepas memilih tayar keras.

Ducati memenangi tiga perlumbaan di Valencia dan pelumba Australia Jack Miller juga berada di barisan hadapan untuk memberikan peluang kepada pasukan Itali mencipta kemenangan mengejut esok.

Tiada pelumba Perancis pernah memenangi perlumbaan MotoGP dalam tempoh 20 tahun namun pendatang baharu Quartararo menegaskan sasarannya adalah meraih penamat podium ketujuh untuk kempen tahun ini esok.

“Sasaran utama esok adalah untuk menguasai tiga pusingan pertama dan selepas itu kita akan lihat, sasarannya adalah podium,” katanya.

Juara dunia enam kali Marquez berjaya menduduki petak kedua meskipun terjatuh ketika latihan pada sesi pagi.

“Pusingan terbaik pada akhirnya, kami gembira di tangga kedua,” kata Marquez.

“Untuk perlumbaan Ahad nanti kami akan melakukan dengan cara berbeza kerana Quartararo begitu pantas,” kata pelumba Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 11:03 PM