Dominic Thiem dari Austria meraikan kejayaan mara ke final selepas menewaskan Alexander Zverev pada saingan separuh akhir Final ATP di London. FOTO EPA
Reuters

DOMINIC Thiem berada pada tahap terbaik ketika menewaskan juara bertahan Alexander Zverev, 7-5, 6-3, untuk mara ke perlawanan akhir musim penutup Kejohanan Tenis Jelajah Dunia ATP Final, di London, awal pagi ini.

Pemain Austria, Thiem, 26, akan berdepan pemain muda Greece, Stefanos Tsitsipas pada aksi awal pagi Isnin untuk merangkul hadiah utama di Arena O2 London selepas mengetepikan juara enam kali, Roger Federer.

Tidak banyak perbezaan antara kedua-dua pemain sehingga Zverev secara tiba-tiba berjaya merapatkan kedudukan dan melakukan kesalahan dua kali pada mata penentuan membolehkan lawan memenangi perlawanan.

Zverev yang memulakan kejohanan tahun ini dengan gaya menarik menewaskan Rafael Nadal dalam pertembungan peringkat kumpulan, bertindak membaling raketnya di gelanggang sebagai kecewa sejurus berakhir aksi separuh akhir itu.

Tsitsipas menewaskan Federer pada saingan separuh akhir. FOTO AFP

Thiem yang mempamerkan permainan terbaik minggu ini walaupun bergelut dengan kesejukan, dilihat lebih bersedia dan berjaya mengambil servis pukulan Zverev untuk mendahului 4-2 pada set kedua.

Zverev berpeluang untuk mengatasi lawan semula namun pemain nombor lima dunia Thiem berjaya menguasai permainan untuk mengesahkan kemenangan itu.

Melihat pertembungan berdepan pemain berusia 21 tahun Tsitsipas, Thiem berkata : “Satu tangan mengawal di belakang - satu kawalan pada final, saya jangka! Kami berdua pemain yang beraksi secara terbuka.

“Aksi permainannya begitu menarik untuk ditonton, saya gemar melihatnya bermain dan saya tidak sabar untuk beraksi menentangnya lagi.

“Dan saya gembira untuk beraksi sekali lagi di sini esok di hadapan suasana yang cukup menakjubkan ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 11:53 AM