MARQUEZ meraikan kejayaan di Litar Ricardo Tormo. - FOTO AFP
AFP

JUARA dunia, Marc Marquez merangkul kejuaraan ke-12 MotoGP musim ini selepas tamat perlumbaan akhir di Valencia mengatasi pelumba rookie Perancis, Fabio Quartararo hari ini.

Marquez yang mengesahkan gelaran utama keenam bulan lalu mengatasi kelebihan satu saat ke atas Quartararo yang menduduki tangga kedua buat kali kelima dalam musim pertamanya. Pelumba Sepanyol itu bermula perlahan di tempat kedua grid tetapi konsisten mengatasi pesaingnya seorang demi seorang untuk menakluki Valencia buat kali kedua dalam karier.

"Ia minggu sukar kerana kami mencuba perkara baharu,” kata Marquez. “Musim yang lengkap tetapi sukar diulangi.”

Juara tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo yang mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu menduduki tempat ke-13.

Quartararo sekali lagi tewas saat akhir untuk muncul pelumba pertama Perancis menjuarai MotoGP sejak 1999 tetapi tetap bangga dengan pencapaian pada musim pertamanya.

"Tiada siapa dapat bayangkan ketika permulaan musim saya mampu menduduki enam petak utama dan tujuh podium. Menakjubkan sekali menamatkan musim dengan cara ini,” kata Quartararo yang menduduki tangga kelima keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 11:18 PM