Kane mengawal bola mengatasi pemain Kosovo pada aksi kelayakan Euro 2020 kumpulan A pagi ini. FOTO AFP
Reuters

KAPTEN England, Harry Kane menjaringkan gol ke 12 dalam kempen ketika memastikan tempat antara enam pasukan pilihan teratas bagi Kejohanan Eropah tahun depan dengan kemenangan besar 4-0 mengatasi Kosovo dalam perlawanan terakhir kelayakan Euro 2020, di Kosovo pagi ini.

England yang menurunkan barisan kedua dalam perlawanan itu memperoleh jaringan pembukaan menerusi Harry Winks pada minit ke-32, tetapi gol lewat oleh Kane, Marcus Rashford dan Mason Mount memastikan satu lagi kemenangan besar dan meletakkan pasukan itu menghimpunkan jumlah 37 gol menakjubkan dari lapan perlawanan kelayakan.

England, yang sudah mara ke kejohanan Euro 2020 dengan saingan separuh akhir dan final dijadualkan berlangsung di Wembley, menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan A memungut 21 mata dengan hanya kekalahan 1-2 ke atas Republik Czech bulan lalu di gelanggang lawan dan Czech layak sebagai naib juara kumpulan.

Kosovo di tempat ketiga dengan 11 mata. Peluang mereka untuk layak secara automatik pudar selepas kekalahan 1-2 ke atas Czech pada Khamis namun mereka mungkin mempunyai peluang menerusi play off.

“Ia perlawanan yang cukup sengit dan ia ujian yang cukup bagi buat kami sebenarnya,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

“Keadaan padang yang sukar, dengan pemain tergelincir dan beberapa hantaran tidak lancar.

“Kami memerlukan perlawanan sengit dan cabaran. Saya gembira kami memperolehnya. Kami berjaya mengatasi tekanan dan memberi mereka peluang - pada malam lain yang tidak berdepan masalah. Tetapi barisan serangan begitu ganas.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 7:52 AM