Tsitsipas (kanan) dan Thiem bersama trofi masing-masing. FOTO EPA
AFP

STEFANOS Tsitsipas bangkit dari kekalahan dari set pertama untuk menewaskan Dominic Thiem dan menang ATP Final di London awal pagi ini, sekali gus mengesahkan status sebagai pendahulu inspirasi generasi baharu bintang dunia.

Pemain Greece berusia 21 tahun yang menang, 6-7 (6/8), 6-2, 7-6 (7/4), adalah juara termuda sejak Lleyton Hewitt pada 2001 dan juara ke 41 di acara penghujung musim dalam tempoh yang panjang.

Ia adalah kejuaraan ketiga Tsitsipas musim ini dan hadir setahun selepas dinobatkan juara pada Next Gen ATP Final di Milan.

Dia berjaya menarik perhatian penonton di London O2 Arena sepanjang minggu dan memastikan kemaraan ke final dengan kemenangan menarik straight set berdepan juara enam kali, Roger Federer.

"Saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya bermain sangat bagus pada set kedua," kata Tsitsipas.

“Saya rasa fikiran saya tidak tenteram dan saya tidak memberikannya terlalu banyak peluang untuk bermain. “Ia sangat mengecewakan untuk bermain dengan terlalu banyak gementar tapi saya lega kerana berjaya untuk mencatat kemenangan.

Kekalahan itu cukup mengecewakan bagi Thiem, yang memenangi lima kejuaraan tahun ini, termasuk Indian Wells Master dan mara di kejayaan kedua final Terbuka Perancis.

Tidak banyak perbezaan antara pemain pilihan keenam Tsitsipas dan pemain nombor lima dunia dari Austria, Thiem dalam set pertama dengan keseluruhan mendahului lima mata untuk mencatat kemenangan.

Kedua-dua pemain cukup dikagumi menerusi pukulan servis sepanjang Kejohanan, dengan Tsitsipas menampilkan lebih banyak kelebihan - menang 44 daripada 47 servis perlawanan final.

Thiem didapati dalam situasi teragak-agak apabila ketinggalan 5-6 namun kekal tenang dan memastikan tidak banyak masalah untuk membawa kepada penentuan sebelum perlawanan sengit itu dimenangi Tsitsipas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 8:06 AM